PH TIDAK BERTANDING DALAM PRK PARLIMEN BATU SAPI

15 OKTOBER 2020
KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi akan datang.
Ketua PH Sabah, Datuk Christina Liew berkata keputusan itu adalah untuk menunjukkan rasa hormat kepada mendiang Datuk V.K Liew yang terakhir memegang kerusi Parlimen Batu Sapi di bawah Parti Warisan Sabah.
“PH Sabah (PKR, DAP dan Amanah) adalah rakan kongsi Gabungan Warisan Plus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Liew berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi dari Mei 2018 sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2 Oktober 2020.

Christina, yang juga Ketua PKR Sabah, meminta parti atau individu lain supaya tidak ikut serta dan sekiranya berhasrat untuk bertanding pada PRK, pastikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Dengan mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini, ada keperluan yang nyata untuk memperketatkan SOP untuk menjalankan pilihan raya," katanya.
Tarikh pengundian untuk PRK Batu Sapi ditetapkan pada 5 Disember ini. - Oleh Safrah Mat Salleh / Utusan Borneo
Comments