top of page
nabalunews

Piala Malaysia : Sabah benam Kuching City FC 1-0 di Bumi Kenyalang


16 Disember 2024


KUCHING : Kuching City FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Sabah FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Negeri Sarawak, malam ini.


Jaringan tunggal Muhammad Farhan Roslan pada minit ke-32 memberikan keceriaan kepada skuad The Rhinos yang dikendalikan oleh Martin Stano.


Keputusan ini memberi kelebihan tipis kepada Sabah FC menjelang aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pada 23 Disember ini.


Aksi separuh masa pertama dikuasai oleh Sabah FC apabila Farhan menjaringkan gol menerusi tandukan dalam kawasan kotak penalti.


Tersentak dengan gol itu, Kuching City cuba bangkit, namun kekebalan benteng pertahanan Sabah FC berjaya mematahkan setiap gerakan dan percubaan pihak lawan.


Separuh masa kedua menyaksikan Kuching City gigih mencari gol penyamaan, namun pertahanan Sabah FC tenang menyerap asakan lawan.


Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Comments


bottom of page