top of page

Piala Malaysia: Sabah FC kecundang di peringkat suku akhir

Wartawan Nabalu News

19 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


MELAKA: Sabah FC gagal meneruskan saingan ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas tewas 2-1 kepada Melaka United FC dalam aksi pusingan kedua suku akhir di Stadium Hang Jebat, semalam.


Kemenangan Melaka United menyaksikan mereka berjaya mara ke saingan separuh akhir dengan agregat 3-1 dan akan bertemu KL City.


Sebelum ini Melaka United juga berjaya menewaskan Sabah FC 1-0 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, pada Ahad lalu.


Gol pertama tuan rumah hadir seawal minit ke-3 menerusi rembatan cantik Adriano Aparecido Narcizo di luar kotak penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.


Babak kedua bersambung dengan Melaka terus memberikan asakan kepada pertahan Sabah, dan akhirnya mereka memperoleh gol kedua selepas Sony Norde berjaya menyudahkan hantaran Adriano pada minit ke-77.


Gol tunggal Sabah hadir pada minit terakhir perlawanan menerusi sepakan penalti Risto Mitrevski bagi menjadikan kedudukan 2-1.


Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat sekali gus menyaksikan perjalanan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee berakhir dalam saingan Piala Malaysia musim ini.


Diharapkan The Rhinos akan bangkit semula dengan lebih kuat pada musim depan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page