top of page
nabalunews

Piala Malaysia: Sabah FC mara ke separuh akhir

24 Disember 2024


KOTA KINABALU: Sabah FC mara ke separuh akhir saingan Piala Malaysia selepas menyingkirkan Kuching City 1-0 secara agregat.


Perlawanan suku akhir kedua di Stadium Likas, semalam berlangsung sengit.


Kuching City berusaha keras untuk cuba menafikan kelebihan Sabah FC yang menang tipis 1-0 pada perlawanan suku akhir pertama, 15 Disember lalu di Kuching.


Menyedari kelebihan satu gol harus dipertahankan, pengendali Sabah FC, Marko Stano menyenaraikan barisan terbaik termasuk pemain kebangsaan seperti Daniel Ting dan Dominic Tan.


Bagaimanapun separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu untuk mencari gol pertama perlawanan.


Tempoh 20 minit babak kedua menyaksikan pertahanan Sabah FC diasak bertali arus pelawat.


Namun beberapa peluang terbaik Kuching City gagal dimanfaatkan.


Penyudah yang tumpul turut menghantui skuar The Rhinos sekaligus menyaksikan perlawanan ini berakhir seri tanpa jaringan.


Di peringkat separuh akhir nanti, Sabah FC dijadual menentang Sri Pahang yang mara selepas menyingkirkan Perak FC.

Comments


bottom of page