top of page

Pimpinan Baharu SJA

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 2 min read


13 April 2025


KOTA KINABALU: Persatuan Wartawan Sabah (SJA) mencatat sejarah memilih wanita sebagai pengerusi yang pertama sejak penubuhannya secara rasmi pada tahun 1994.


Wartawan akhbar Borneo Post, Mariah Doksil dipilih sebulat suara tanpa pertandingan sebagai pengerusi bagi penggal 2025 – 2027.


Mariah berkata, dia akan meneruskan misi utama SJA dalam melindungi dan memperjuangkan kebajikan, keperluan serta kepentingan ahli.


New lineup SJA
New lineup SJA

Katanya, ia khususnya berkaitan peranan dan tanggungjawab mereka dalam pelbagai bidang kewartawanan.


“Saya melihat pemilihan ini sebagai satu mesej yang kuat kepada semua pengamal media bahawa kepimpinan tidak ditentukan oleh jantina, tetapi oleh semangat kerja berpasukan, kerjasama, dan tanggungjawab bersama.


“Wanita yang mengimbangi kerjaya dan keluarga juga mampu memimpin dengan berkesan sekiranya kepimpinan dilaksanakan secara kolektif dengan semangat perpaduan, saling menghormati dan setiakawan,” katanya.


Pemilihan Jawatankuasa Baharu 2025-2027 dilaksanakan sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SJA 2025-2026 dan turut diserikan dengan sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri di pejabat SJA, di sini, hari ini.


Mariah berkata, dia berharap agar jawatankuasa baharu dapat menyediakan lebih banyak peluang kepada ahli untuk menyertai latihan kewartawanan bagi meningkatkan kemahiran.


Katanya, ia termasuk memantapkan lagi pengetahuan serta memastikan pengamal media sentiasa mengikuti perkembangan semasa, selari dengan piawaian nasional dan antarabangsa.


Sementara itu, bekas Presiden SJA, Datuk Muguntan Vanar yang dilantik sebagai penasihat persatuan berkata, beliau berharap agar SJA terus memperjuangkan integriti dan kredibiliti media arus perdana.


Katanya, sudah tiba masanya, generasi muda mengambil alih dan memimpin kerana jelas jawatankuasa baharu yang dilantik sememangnya berkebolehan dan mampu membawa persatuan ke tahap yang lebih tinggi.


Barisan penuh kepimpinan SJA 2025-2027 adalah seperti berikut:
* Presiden: Mariah Doksil (Borneo Post)
• Naib Presiden: Ricardo Unto (Daily Express)
• Setiausaha: Siti Aisyah Narudin (Utusan Borneo)
• Naib Setiausaha: Mohd Nazllie Zainul (Kosmo)
• Bendahari: Angela Tan (Sabah Sin Chew Daily)
• Naib Bendahari: Nancy Lai (Borneo Post)


Ahli Jawatankuasa (AJK):

* Vivi Olviana Najurus (Utusan Borneo)

* Fardy Bungga (Nabalu News)

* Sandra Sokial (The Star)

* Jegathisan A/L Sivanesan (Borneo Post)

* Stephanie Lee (The Star)

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page