top of page

PKPB: PENDUDUK SANDAKAN DISARAN MANFAAT TEKNOLOGI UNTUK JANA PENDAPATAN

nabalunews

28 NOV 2020


SANDAKAN: Penduduk di Sandakan, khususnya golongan belia yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disaran memanfaatkan teknologi sebagai usaha dalam menjana pendapatan, contohnya dengan memulakan perniagaan secara dalam talian.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Mohamad Hamsan Awang Supain berkata tidak dinafikan, pandemik COVID-19 menyebabkan golongan belia di daerah ini berdepan dengan pelbagai cabaran, khususnya dari segi ekonomi.

Beliau berkata memang ada syarikat-syarikat besar yang telah membuka perniagaan di Sandakan, yang membolehkan anak muda dari Sandakan yang bekerja di Semenanjung kembali memenuhi pasaran kerja di daerah ini, namun ekoran pandemik, banyak syarikat terpaksa menutup operasi mereka.

“Ini mengakibatkan ramai anak muda hilang pekerjaan, dan mereka perlu berikhtiar mencari jalan lain untuk meraih pendapatan,” katanya semasa berucap di majlis penyerahan sumbangan bakul makanan kepada 103 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sandakan di sini hari ini.

“Justeru diharap rakyat di daerah ini dapat mengambil peluang merancakkan kegiatan bermanfaat, terutama yang boleh meraih pendapatan seperti membina perniagaan secara dalam talian,” kata beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sibuga. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page