top of page
nabalunews

PKPB: TIADA PEMBELIAN PANIK BERLAKU



24 OKTOBER 2020

PUTRAJAYA: Aktiviti perniagaan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaporkan dalam keadaan terkawal dan tiada pembelian panik berlaku.


Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata bekalan 12 barang keperluan asas di peringkat runcit dan borong, juga masih berada pada tahap stabil.


Katanya 12 barang tersebut adalah gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, ayam, sayur-sayuran, telur, bawang, pensanitasi tangan dan pelitup muka.


“KPDNHEP mengingatkan agar pengguna tidak perlu risau terhadap bekalan barang keperluan di sepanjang pelaksanaan PKPB ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.


Menurutnya laporan itu hasil pemantauan terhadap 510 peruncit daerah terpilih di keempat-empat negeri berkenaan dengan 170 daripadanya di Sabah, Selangor (280), Kuala Lumpur (55) dan Putrajaya (5).


Selain itu, Iskandar Halim berkata kedudukan bekalan juga dipantau secara mingguan di peringkat pemborong. - Bernama

Comments


bottom of page