top of page

PKPD DI KG. BERGOSONG, TAWAU MULAI ESOK (2 MEI)

Wartawan Nabalu News

Gambar hiasan

1 Mei 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg. Bergosong, Tawau berkuatkuasa 2 Mei (esok). Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD di lokaliti berkenaan bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar. Beliau berkata sehingga kini, KKM telah melakukan 59 ujian saringan di Kg. Bergosong dan daripada jumlah itu, 22 orang disahkan positif Covid-19 daam tempoh satu minggu. “Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kg. Bergosong, Tawau berkuat kuasa 2 Mei sehingga 15 Mei 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page