top of page
nabalunews

PKPD DI PENJARA KEPAYAN, KUARTERS PEGAWAI BERMULA HARI INI


Gambar Hiasan

20 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Kampung Matambai bermula hari ini sehingga 2 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil berikutan peningkatan kes positif Covid-19 melibatkan Kluster Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Kampung Matambai, di sini.

“Pelaksanaan PKPD ini membolehkan pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dikawal dan memudahkan pelaksanaan ujian saringan Covid-19.

“Jumlah keseluruhan individu yang terlibat adalah 3,511 orang termasuk 2,914 banduan dan 597 staf penjara,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia, kelmarin.

Ismail Sabri berkata, kerajaan negeri melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri akan mengagihkan bekalan keperluan makanan.

Sehingga kini sebanyak 31 kluster aktif termasuk dua kluster baharu yang dilaporkan kelmarin.

Pada 19 Oktober, Kluster Penjara Kepayan mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu 135 kes.

Kluster Penjara Kepayan dilaporkan pada 18 Oktober lalu. Kes indeks bagi kluster ini dikenalpasti positif Covid-19 hasil saringan kemasukan ke Hospital Queen Elizabeth pada 14 Oktober.

Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 48 lagi kes positif pada 18 Oktober.

Commentaires


bottom of page