top of page

PKPD KAMPUNG BUKIT BELACON, SEGAMA, LAHAD DATU DITAMATKAN ESOK

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 23, 2021
  • 1 min read

Updated: Apr 25, 2021



23 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Bukit Belacon, Segama, Lahad Datu ditamatkan pada 24 April (esok).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kerajaan memutuskan untuk menamatkan PKPD di lokaliti berkenaan, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai pihak dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.



"Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 148 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 11 kes positif COVID-19 telah direkodkan.


"KKM mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan kluster adalah terkawal," katanya dalam kenyataan akbar di sini hari ini.

تعليقات


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page