top of page
Wartawan Nabalu News

PKPD KAMPUNG PAGAR SUNGAI IMAM, TAWAU MULAI 23 MEI INI


Gambar Hiasan

21 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Pagar Sungai Imam, Tawau akan dikuatkuasakan bermula 23 Mei sehingga 5 Jun ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes serta memastikan penduduk kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.



“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 35 ujian saringan dan 24 daripadanya disahkan positif Covid-19 di Kampung Pagar Sungai Imam, Tawau.


“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan amat tinggi di lokaliti tersebut,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Sehubungan itu Masidi berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Pagar Sungai Imam, Tawau berkuat kuasa 23 Mei sehingga 05 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.


Comments


bottom of page