top of page

PKPD KAMPUNG SUNDANG LAUT, SANDAKAN DAN KAMPUNG SKIM COCOS, KUNAK

Wartawan Nabalu News

Gambar Hiasan

14 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sundang Laut Sandakan dan Kampung Skim Cocos Kunak berkuatkuasa 16 Jun hingga 29 Jun ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes Covid-19 di Kampung Sundang Laut, Sandakan dan sehingga kini KKM telah melakukan 18 saringan dan 10 daripadanya disahkan positif Covid-19.


“Saringan komuniti perlu dijalankan segera untuk mengesan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Sundang Laut, Sandakan berkuat kuasa 16 Jun sehingga 29 Jun selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata bagi Kampung Skim Cocos Kunak pula KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes Covid-19 yang ketara dalam tempoh seminggu di lokaliti tersebut di mana 10 kes positif telah direkodkan dari 24 ujian saringan yang dijalankan dengan kadar positiviti 42 peratus.


Beliau berkata, pelaksanaan PKPD ini bagi memastikan penduduk yang berisiko kekal berada dalam kawasan PKPD dan menyekat pergerakan serta penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page