top of page
Wartawan Nabalu News

PKPD KG.NELAYAN SANDAKAN, TAMAN DIGOT PENAMPANG DAN LAHAD DATU MULAI 21 JUN


Gambar Hiasan

19 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti iaitu Kampung Nelayan Batu 10 Sandakan, Fasa 1 dan 2, Taman Digot Penampang dan Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4 Lahad Datu bermula 21 Jun hingga 4 Julai ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pengesanan awal kes-kes Covid-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin dan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti lain.


Beliau berkata, KKM mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes di Kampung Nelayan Batu 10 Sandakan apabila 19 kes positif direkodkan hasil daripada 29 orang yang disaring dengan kadar positiviti 65.51 peratus.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Nelayan, Batu 10, Sandakan pada 21 Jun 2021 sehingga 04 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, bagi Fasa 1 dan Fasa 2 Taman Digot Penampang pula sebanyak lapan kes positif Covid-19 telah dikesan hasil saringan dilakukan oleh KKM di lokaliti tersebut.


“Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan,” katanya.


Bagi Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4 Lahad Datu, Masidi berkata, sehingga kini, sebanyak lapan kes positif Covid-19 telah direkodkan hasil daripada 40 ujian saringan yang telah dilakukan oleh KKM di lokaliti tersebut.


“Pada masa sama, KKM mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut,” katanya.



Comments


bottom of page