top of page
nabalunews

PKPD KG.PAGALUNGAN ANSIP DAN KG.KALINDUKAN NABAWAN MULAI ESOK HINGGA 18 APRIL


Gambar Hiasan

4 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Pagalungan Ansip Keningau dan Kampung Kalindukan Nabawan bermula esok sehingga 18 April ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat dan seterusnya menghalang penularan dalam komuniti.


Beliau berkata, sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 146 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 15 kes positif Covid-19 telah direkodkan di lokaliti ini.


"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Pagalungan Ansip, Keningau bermula 5 April sehingga 18 April 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, kerajaan negeri turut bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Kalindukan, Nabawan bermula 5 April sehingga 18 April selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.


"Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 99 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak lapan kes positif Covid-19 telah direkodkan," katanya.


Beliau berkata, selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Kalindukan, Nabawan bermula esok sehingga 18 April 2021.


Comments


bottom of page