PLKN 3.0 bermula Januari 2025, dua kem terpilih jadi projek rintis
top of page
nabalunews

PLKN 3.0 bermula Januari 2025, dua kem terpilih jadi projek rintis




26 Oktober 2024

 

ALOR GAJAH: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan diperkenalkan secara berperingkat mulai Januari 2025, dengan dua kem tentera di Kuala Lumpur dan Pahang dipilih sebagai lokasi awal bagi 500 peserta.

 

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, menyatakan bahawa fasa pertama program ini akan bermula dengan jumlah peserta yang terhad sebelum diperluaskan pada pengambilan seterusnya pada bulan Jun.

 

“Kita akan memulakan pengambilan PLKN yang pertama pada Januari tahun hadapan. Namun, jumlahnya kecil sebagai permulaan, kerana tumpuan akan diberikan untuk peningkatan pada bulan Jun,” jelasnya.

 

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Baik Pulih di bawah inisiatif Projek Jiwa Murni di Hutan Percha, di sini.

 

Adly turut memaklumkan bahawa pengambilan peserta pada Jun nanti akan melibatkan lebih ramai peserta yang berusia 16 hingga 35 tahun, terdiri daripada pelajar tingkatan empat, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page