PLKN 3.0 bermula tahun depan, fasa asas dilaksana di sekolah
18 Oktober 2024
PUTRAJAYA: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan kembali dilaksanakan mulai tahun hadapan dengan pelaksanaan fasa asas bermula di peringkat sekolah.
Program ini bakal menggabungkan elemen jati diri, cinta negara, dan modul kenegaraan bagi memupuk perpaduan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menjelaskan bahawa fasa asas latihan akan turut merangkumi elemen ketenteraan dan pendedahan kepada politik Malaysia serta peranan institusi seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
“Latihan asas ini termasuk modul kenegaraan yang menekankan konsep Raja Berperlembagaan,” katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Amal Persekutuan Pengakap Malaysia 2024, malam tadi.
Johari turut menambah bahawa latihan ini akan dilaksanakan secara intensif dan praktikal, bertujuan melahirkan pemimpin negara yang berkualiti pada masa hadapan.
Comentarios