top of page

PM Anwar bincang peranan KWSP dalam memperkasakan masa depan persaraan

nabalunews



7 Januari 2025


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Mohd Zuki Ali, bersama delegasinya semalam.


Pertemuan itu, yang berlangsung di Putrajaya, bertujuan membincangkan peranan KWSP sebagai salah satu syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam usaha memperkukuh masa depan persaraan rakyat Malaysia.


Menerusi satu perkongsian di Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan pentingnya KWSP untuk terus melindungi dan memperkukuh simpanan pencarum.


"Komitmen KWSP dalam melindungi simpanan akan memastikan pesara dan bakal pesara yang mencarum dapat mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menikmati persaraan yang selesa," katanya.


Anwar turut menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan KWSP untuk memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi pencarum, selari dengan matlamat kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati kehidupan persaraan yang berkualiti.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page