top of page

PM Anwar: Kerajaan tidak bertolak ansur terhadap sentimen isu 3R

Wartawan Nabalu News



2 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama, dan kaum).


Jelas beliau, walaupun beliau dan kerajaan bersedia menerima sebarang bentuk kritikan, namun kerajaan tidak akan berkrompomi apabila ada pihak yang menyentuh isu 3R.


Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.


Anwar menjelaskan bahawa raja-raja Melayu secara konsesus meminta agar kerajaan lebih tegas menghalang serangan terhadap institusi raja-raja.


"... semua cakap nak pertahan Melayu, parti pun parti Melayu, tapi maki Raja-Raja Melayu... saya tidak akan bertolak ansur (bagi yang) langgar peraturan ini, polis akan bertindak tegas dan saya minta Peguam Negara kaji dan bawa ke mahkamah biar mahkamah putuskan," katanya semasa program 'Soal Jawab Perdana Menteri' bersama empat stesen televisyen tempatan semalam.


Tambah beliau, kerajaan juga tidak akan berkompromi terhadap pihak-pihak yang menyentuh institusi raja-raja, seperti dakwaan penglibatan raja dalam penubuhan kasino.


Anwar juga menyifatkan bahawa tiada modal berpolitik bagi pihak yang mengaitkan beliau dan kerajaan dengan dakwaan ada perbincangan mengenai projek lesen kasino di Forest City.


Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim tidak pernah menyebut kepada beliau minat baginda untuk mengadakan tempat perjudian di Forest City.


Temu bual khas hampir sejam bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu dikendalikan oleh penyampai RTM Sayed Munawar Sayed Mustar, Pasha Abdul Rahim (Bernama TV), Dzulfitri Yusop (Astro Awani), dan Azaria Tagaya (TV3).

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page