top of page

PM Anwar zahir takziah atas tragedi kebakaran hutan California Selatan

nabalunews



10 Januari 2025



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada mangsa kebakaran hutan dahsyat yang melanda California Selatan, Amerika Syarikat, yang telah meragut nyawa, memusnahkan ribuan bangunkan baru-baru ini.

Dalam catatan di Facebook semalam, Perdana Menteri menyifatkan kebakaran itu sebagai peristiwa memilukan yang menyentuh hati masyarakat dunia.

"Malaysia berdiri dalam solidariti bersama-sama rakyat dan kerajaan Amerika Syarikat pada masa yang sukar ini. Ingatan kami ialah kepada komuniti yang terjejas akibat krisis ini, serta perkhidmatan kecemasan yang dengan penuh berani berusaha melawan kebakaran itu," katanya.


Difahamkan, kebakaran yang dipacu oleh angin ribut kencang dan cuaca kering itu telah merebak dengan pantas di kawasan utara dan barat laut Los Angeles pada Rabu.


Tragedi ini dilaporkan mengakibatkan lima kematian serta memusnahkan ribuan rumah, perniagaan, dan struktur lain.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page