top of page
nabalunews

PM gesa GLIC dan GLC kemuka cadangan perkasa ekonomi bumiputera



8 Januari 2025


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk tampil dengan cadangan kukuh bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.


Jelas beliau, kalangan pemimpin GLIC dan GLC memainkan peranan penting dalam menggerakkan usaha pembangunan ekonomi bumiputera melalui cadangan dan prakarsa yang bernas.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2025 menerusi hantaran di laman X.


Dalam mesyuarat tersebut, MEB membincangkan beberapa inisiatif penting, termasuk pemerkasaan syarikat bumiputera dalam pemerolehan kerajaan melalui Program mySTI serta hala tuju pelaksanaan Wakaf MARA MADANI.


Menurut Anwar, MEB berfungsi sebagai platform tertinggi yang memastikan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dilaksanakan dengan berkesan.


“Sebagai platform utama, MEB bertanggungjawab memantau keberkesanan pelaksanaan perancangan dalam PuTERA35, menjadikan agenda bumiputera sebagai agenda nasional,” jelas beliau.

Comments


bottom of page