top of page
  • nabalunews

PM mahu kajian, laporan lengkap isu pensijilan halal minggu depan - Fahmi




11 September 2024


PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah diarahkan untuk melakukan kajian dan menyediakan laporan lengkap berhubung isu pensijilan halal.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata arahan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada Rabu.


Memetik laporan Astro Awani, Fahmi dilaporkan berkata, Perdana Menteri mahu hasil kajian dan laporan lengkap dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.


“Perdana Menteri sudah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk sediakan laporan, apakah langkah seterusnya untuk dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.


“Jadi, kita akan tunggu hasil laporan dan kajian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang akan dibentangkan minggu depan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, pada Rabu.

ความคิดเห็น


bottom of page