PM seru rakyat Malaysia bersatu, bantu golongan terpinggir
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_792523285ed947108f65ec0c1666943e~mv2.jpeg/v1/fill/w_830,h_553,al_c,q_85,enc_auto/d65831_792523285ed947108f65ec0c1666943e~mv2.jpeg)
30 Jun 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Dalam semangat kebersamaan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu dan saling membantu mereka yang berada dalam keadaan terpinggir.
Beliau menggesa agar ego, kepentingan kaum kerabat, dan keluarga ditempatkan di belakang demi memperkuat negara, tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.
Mengambil inspirasi dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Hajar, dan Nabi Ismail dalam menjalankan ketaatan kepada Allah, Anwar menyatakan bahawa kisah itu menjadi asas keyakinan dalam membawa amanah dan mewujudkan cita-cita sebagai pewaris bangsa.
"Ini tekad dan sumpah kita. Bersama kita satukan kekuatan, mara demi sebuah negara yang maju, sejahtera dan ihsan terhadap rakyatnya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan Aidiladha yang disampaikan melalui akaun Facebooknya pada Khamis.
Anwar juga mendoakan agar para jemaah haji yang sedang melaksanakan ibadah di tanah suci mendapatkan haji yang diterima oleh Allah dan pulang dengan selamat ke tanah air.
Comments