POLIS CARI WARIS, MANGSA LEMAS DI SUNGAI MOYOG

14 JAN 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
PENAMPANG: Polis Penampang sedang mencari waris atau keluarga mangsa lemas yang dijumpai di Sungai Moyog, Kampung Tuavon,di sini.
Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata, mangsa lemas itu dijumpai orang awam kira-kira jam 4.30 petang tadi (14 Jan) di Sungai Moyog.
“Mangsa lemas itu adalah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, pakaian ketika dijumpai, baju t-shirt lengan panjang berwarna hitam dan berseluar panjang warna hitam,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Mohd Haris berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa disyaki mati lemas dan tiada kesan elemen jenayah dan kecederaan lain.
Mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.
Oleh itu beliau meminta mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan waris atau keluarga mangsa, segera hubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohamediah Sani ditalian 019-8634811 atau Bilik Gerakan IPD Penampang ditalian 088-723961.
Commentaires