top of page

Polis Penampang perhebat operasi kamera perangkap had laju

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read


25 April 2025


PENAMPANG: Polis Daerah Penampang melaksanakan operasi khas menggunakan kamera perangkap had laju di Jalan Papar–Penampang berhampiran Kampung Maang semalam, bagi mengurangkan kadar kemalangan di daerah ini.


Operasi yang diketuai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang ini bertujuan mengesan pemandu yang memandu melebihi had laju ditetapkan serta mempertingkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.


Menurut kenyataan Polis Daerah Penampang, beberapa lokasi lain turut dikenal pasti berdasarkan rekod kemalangan dan aduan awam berkenaan isu kelajuan kenderaan, dan akan dilaksanakan dalam operasi akan datang.


"Pihak polis menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan pematuhan undang-undang jalan raya."


Dalam pada itu, Polis Penampang turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi had laju dan mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan tindakan undang-undang serta menjaga keselamatan bersama.

Commenti


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page