Polis Penampang tumpaskan kes curi kabel Telekom, tiga suspek masih diburu
18 Januari 2025
PENAMPANG: Polis Penampang berjaya menahan seorang wanita tempatan berusia 25 tahun yang disyaki terlibat dalam kes curi kabel Telekom selepas berlakunya aksi kejar-mengejar dramatik awal pagi tadi.
Menurut kenyataan Balai Polis Penampang, kenderaan yang dinaiki suspek terbabas ke arah sungai, membolehkan pihak polis membuat tangkapan.
Namun, tiga lagi rakan lelaki suspek sempat melarikan diri dan masih bebas.
“Polis turut merampas pelbagai barang termasuk kabel Telekom dan pemotong besi yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah ini,” menurut kenyataan tersebut.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pihak polis masih giat mengesan baki tiga suspek yang melarikan diri. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini atau jenayah lain diminta menghubungi Balai Polis Penampang untuk membantu siasatan.
Коментарі