top of page
nabalunews

Polis serbu pusat hiburan beroperasi lebih masa


5 Oktober 2024


PENAMPANG: Seorang pengurus pusat hiburan ditahan atas kesalahan premis beroperasi lebih masa dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan di daerah ini dalam ‘Op Noda’ dan ‘Op Pusat Hiburan’, malam tadi.


Operasi dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu memeriksa 27 individu yang berada di dalam pusat hiburan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil pemeriksaan menahan seorang pengurus pusat hiburan berkenaan atas kesalahan premis hiburan awam

beroperasi lebih masa.


“Pada masa sama, pasukan operasi juga merampas peralatan muzik milik premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, individu yang ditahan dan barang rampasan dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam (PEO) 1958.


“Sehubungan itu, polis akan sentiasa membuat pemantauan dan operasi serta menasihatkan pengusaha premis pusat hiburan di daerah ini supata sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Comments


bottom of page