top of page
nabalunews

Populasi Bumi kini melebihi 8 bilion




1 Januari 2025


KUALA LUMPUR: Penduduk bumi kini mencecah 8.09 bilion yang merupakan peningkatan 71 juta penduduk di awal tahun.


Sungguhpun begitu, kadar kelahiran sepanjang 2024 adalah lebih rendah berbanding 2023 dimana penduduk bumi meningkatkan sebanyak 75 juta.


Menurut menurut data yang diterbitkan Biro Bancian Amerika Syarikat, dianggarkan 4.2 kelahiran dan 2.0 kematian akan berlaku setiap saat di bumi pada 1 Januari 2025. Kadar kelahiran di setiap benua kecuali Afrika menunjukkan trend penurunan.


Di Malaysia kadar kelahiran ialah 1.6 bayi untuk setiap wanita yang adalah penurunan mendadak berbanding 6 bayi setiap wanita pada tahun 1957 dan 2.1 bayi setiap wanita pada tahun 2010.


Kadar kelahiran 2.1 bayi untuk setiap wanita diperlukan untuk mengekalkan populasi sesebuah negara.


Penduduk bumi akan mencecah jumlah puncak 10.29 bilion menjelang 2084 sebelum susut disebabkan kadar kelahiran yang berkurangan.



Comments


bottom of page