top of page

PPK Selagon Ditutup, Banjir Di Sabah Pulih Sepenuhnya

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read


20 April 2025


KOTA KINABALU: Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon di Beaufort telah ditutup petang ini selepas keadaan banjir di daerah tersebut pulih.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan bahawa 155 mangsa daripada 54 keluarga yang berlindung di PPK tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, dan enam kampung yang terjejas kini telah pulih akibat banjir.


"Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun, yang juga Pegawai Daerah Beaufort, telah mengisytiharkan penutupan PPK Selagon pada pukul 1 tengah hari tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beaufort terletak lebih 100 kilometer arah barat daya dari Kota Kinabalu dan merupakan kawasan pendalaman di Sabah, dengan bentuk muka bumi yang kebanyakkannya tanah pamah dan rata, terutamanya di bahagian utara serta tengah daerah yang berdekatan dengan pantai.-BERNAMA

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page