top of page

PRABN Keluar Ramalan Awal Banjir Di Sabah

nabalunews


21 Mac 2025


KOTA KINABALU: Susulan amaran hujan berterusan yang diletakkan pada tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) turut mengeluarkan ramalan awal banjir di Sabah yang dijangka berlaku sehingga Sabtu ini.


PRABN dalam kenyataan hari ini berkata, ramalan banjir dijangka akan melanda beberapa kawasan di daerah Kudat serta Sandakan dan mungkin berlaku lebih awal daripada tarikh yang diramalkan.


Katanya, ramalan banjir di daerah Sandakan melibatkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan, yang merangkumi lembangan Sungai Labuk, Sungai Sugut, Sungai Paitan, Sungai Semawang, Sungai Bongaya, dan Sungai Gum-Gum.



"Manakala, ramalan banjir di daerah Kudat melibatkan Kota Marudu, Kudat, dan Pitas, yang merangkumi lembangan Sungai Sikuati, Sungai Temalang, Sungai Sri Aman, Sungai Malubang, Sungai Telaga, Sungai Tapurau, dan Sungai Bongon," katanya.


Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia akan membuat pemantauan berterusan dan mengemaskini hebahan amaran banjir sekiranya hujan signifikan terus berlaku di lembangan sungai terbabit.


“Sehubungan itu, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutamanya di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka terhadap arahan pihak berkuasa.


“Oang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran terkini melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau laman Facebook rasminya, PublicInfoBanjir,” katanya.

تعليقات

تعذر تحميل التعليقات
يبدو أن هناك مشكلة فنية. حاول إعادة الاتصال أو تحديث الصفحة.
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page