top of page
  • nabalunews

Premier Sarawak dahului penerima pingat kebesaran Sabah, Ewon dilantik JP sempena ulangtahun rasmi TYT Sabah


5 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, Datuk Kumar Prabakaran dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendahului senarai seramai 1,373 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena sambutan Hari Jadi Rasmi ke-71 Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin, di sini.


Kesemua penerima berkenaan dianugerahkan pingat kebesaran tertinggi negeri, iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.


Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick bersama sembilan penerima lain dilantik sebagai Jaksa Pendamai (J.P).

Mereka ialah Bakri @ Norzaidi Ali Omar, Datuk Guan Ka Hock, Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam, Juddy Chu Yen Tien, Datuk Kasim Mansor, Koh Siew Boon, Datuk Liew Kim Choong, Yee Tsai Yiew dan Datuk Zakaria Mohd Edris.


Bagi penerima pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’, seramai 87 penerima, antaranya Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Peto Galim, Pembantu Menteri Kewangan Tan Lee Fatt, Panglima 5 Briged Brig Jen Mohd Zamri Abdullah dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Josie Lai Mei Sing.


Turut tersenarai menerima PGDK ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner, Azmi Abd Rahim, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah Senior Asistant Komisioner Mohd Azhar Hamin dan Naib Canselor University College Sabah Foundation (UCSF) Dr Rafiq Idris.


Seramai 116 menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 274 menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 320 menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK) dan 421 menerima Bintang Kinabalu (BK) dan 144 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

Yorumlar


bottom of page