top of page

Pressionera Navera dinobatkan juara Unduk Ngadau UPKO Kota Belud

Wartawan Nabalu News

3 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pressionera Navera Johnney, 20, dari Kg.Piasau dinobatkan johan Unduk Ngadau Kaamatan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud.


Dengan kemenangan itu, beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, jambangan bunga, sash dan crown.


Pressionera juga akan mewakili Kota Belud ke pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Bahagian anjuran UPKO, di Kuala Penyu pada 12 Mei ini.


Manakala tempat kedua pula dimenangi Eliezebet Andrew, 25, dari Kg.Melangkap Tiong dan tempat ketiga dimenangi oleh Lily Chia Jobolon.


Kesemua hadiah disampaikan oleh Ketua Wanita UPKO Kota Belud Datin Saniah Tuak, mewakili Presiden UPKO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, di Pejabat Khidmat Adun Kadamaian, di sini, hari ini.


Hadiah saguhati pemenang unduk ngadau disampaikan oleh Ketua Perhubungan Adun Kadamaian Carlye Lajimin.


Bagi pertandingan Rombituon (menyanyi), dimenangi oleh Cathelline Anne Jastin, 17, dari Kg.Kiau Taburi.


Cathelline Anne akan mewakili UPKO Kota Belud dalam pertandingan akhir Rombituon di Kuala Penyu pada 12 Mei ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page