Prestasi keseluruhan PBT Sabah cemerlang
- nabalunews
- Apr 10
- 2 min read

9 April 2025
TAWAU: Prestasi keseluruhan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri ini menunjukkan peningkatan yang amat cemerlang.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih @ Liasnih berkata, mengambil alih Kerajaan Negeri pada 2020, pendapatan Majlis-Majlis Daerah dan Perbandaran bertambah sehingga 10 kali ganda.
Katanya, sebelum ini ada PBT hanya memperoleh lebihan sekitar RM70,000 namun kini mencecah lebih RM20 juta simpanan.
“Manakala, bagi Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sendiri mencatatkan prestasi cukup baik dengan pendapatan lebih RM30 juta.
“Begitu juga dengan majlis-majlis lain seperti Beaufort, Keningau dan Semporna turut menunjukkan prestasi membanggakan, sekaligus membuktikan bahawa mereka bekerja dengan baik dan bertanggungjawab,”katanya.
Isnin berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Tawau Sesi 2025 - 2027 di Dewan Sri Tawau, hari ini.
Terdahulu pada majlis berkenaan, seramai 24 ahli majlis MPT mengangkat sumpah dan menerima watikah perlantikan.
Antara yang dilantik ialah Khanizman @ Abdul Ghanie Pakir Mohd, Sahrol Mahoolop, Ts. Ismail Awang, Yap Wui Lip, Maria Wahiya dan Maimuna Mahmud.
Turut dilantik, Datuk Lim Yin Kat, Ajami Abdul Wahid, Said Hassan Said Idrus, Yusop Han Alai, Sammi Liew Sam Yi dan Tanwali Mohd Tahir, Shahran Mankati dan Muhammad Raiyan Fung Abdullah.
Selain itu, Herry Anto Hasanuddin, Raymond Sung Kok Loong, Nurul Afiqah Afendi, Marini Hassan, Gan Chee Chan, Latsender Lidan, Ho Shau Vui, Lim Men Heng, Mohammad Hafiz Amiruddin dan Sitti Nor Fadzilah Japar.
Mengulas mengenai perlantikan berkenaan, Isnin meminta semua 24 ahli majlis yang dilantik semula atau baru supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada MPT.
Katanya, perlantikan itu bukan bermakna satu keistimewaan tetapi merupakan satu tanggungjawab dan amanah bagi membantu MPT ke arah usaha memberikan keselesaan kepada rakyat daerah ini.
Kommentare