top of page
  • nabalunews

Program amal kumpul dana bagi pembangunan Gereja SIB Lahanas dapat sokongan pelbagai pihak

23 September 2024


KOTA BELUD: Program Santai Makan Amal di Kampung Lahanas di sini yang merangkumi pelbagai aktiviti seperti kejohanan badminton, jualan makanan dan buah-buahan serta penjualan tiket bertuah dijalankan dengan tujuan mengumpul dana bagi menyokong pembangunan Gereja SIB Lahanas menjelang sambutan Natal 2024.


Program amal ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan komuniti tetapi juga sebagai usaha bersama bagi membangunkan kemudahan gereja yang menjadi pusat aktiviti rohani dan sosial masyarakat setempat.


Program yang diadakan pada 21 September lalu mendapat sokongan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian dan dihadiri Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud, Jolyhame Saran yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Ewon Benedick.


Dalam majlis tersebut, Jolyhame telah menyampaikan sumbangan kepada Tabung Natal SIB Lahanas.


Sumbangan ini diterima oleh Bendahari Sidang SIB Lahanas, Luminggo Yabin, dan disaksikan oleh Pastor Kirani Danim.

Comments


bottom of page