top of page

Program Back To School Parlimen Batu Sapi, Yayasan Bank Rakyat bantu 530 murid tahun 1 

nabalunews

Khairul (tengah) menyampaikan bantuan berkenaan
Khairul (tengah) menyampaikan bantuan berkenaan

15 Februari 2025


SANDAKAN: Seramai 530 murid tahun satu, menerima bantuan menerusi Program Back To School Parlimen Batu Sapi dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat (YBR).


Bantuan disampaikan Ahli Parlimen Batu Sapi merangkap Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan bersama wakil YBR.


Bantuan berkenaan merupakan antara usaha membantu ibubapa dalam meringankan bebanan perbelanjaan persiapan anak kembali ke sekolah.


Khairul dalam ucapannya berkata, beliau berharap ibubapa juga akan terus komited memastikan pembelajaran anak-anak berada pada tahap terbaik.


Katanya, sumbangan berkenaan merupakan salah program bantuan pendidikan YBR untuk membantu mereka yang memerlukan.


“Tahun lalu, YBR turut menyampaikan insentif kecemerlangan kepada pelajar SPM di kawasan Parlimen Batu Sapi.


“Ia juga bagi memudahkan persiapan mereka untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi,” katanya.


Menurutnya, pihaknya akan terus bekerjasama dengan YBR dalam usaha membantu anak-anak dalam bidang pendidikan.

Komentar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page