top of page

Program Bantuan YBR Beri Impak Positif kepada Pendidikan di Kadamaian

nabalunews


21 Mac 2025


KOTA BELUD: Program bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat (YBR) dijangka memberi impak positif kepada pelaksanaan program pendidikan serta meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah sekitar Kadamaian.


Pengerusi YBR, Datuk Philip Lasimbang berkata, inisiatif itu akan membantu pihak sekolah dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan pendidikan termasuk sekolah aliran pendidikan khas.


Katanya, program bantuan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) YBR.



“Bantuan daripada Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini bertujuan untuk membantu pembangunan pendidikan negara.


"Bantuan yang diberikan ini juga adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada YBR bagi memastikan para pelajar di daerah ini mendapat peluang pendidikan yang lebih baik," katanya.


Philip berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat kepada 31 sekolah yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, di sini hari ini.


Menurutnya, pemberian bantuan ini telah dimulakan sejak tahun 2023 dan dilaksanakan setiap tahun sehingga kini.


Katanya, ia akan diteruskan pada masa hadapan dengan lebih ramai pelajar menerima manfaatnya.


"YBR berharap dapat menilai pencapaian sekolah terlibat selepas dana ini disalurkan bagi menentukan keberkesanan program.


"Gunakanlah bantuan ini sebaik mungkin untuk memastikan para pelajar dapat menikmati suasana pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif semasa menimba ilmu," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page