top of page

Program I Care Kadamaian: Bantuan Katil Boleh Laras untuk Warga Emas di Tambulion Luminodip dan Tambulion Ulu

nabalunews

20 Mac 2025


KOTA BELUD: Program I Care Kadamaian yang dianjurkan oleh Crew Homeward Kelab Kebajikan Kadamaian dan staf Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian telah berlangsung dengan meriah, walaupun hujan turun sepanjang program di dua kampung, iaitu Tambulion Luminodip dan Tambulion Ulu.


Walaupun Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, tidak dapat hadir pada hari ini disebabkan komitmen beliau di kementerian, program ini tetap diteruskan dengan jayanya.


Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan Yayasan Bank Rakyat yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada warga emas melalui penyerahan katil boleh laras. Penerima manfaat program ini termasuk warga emas dari Kampung Tambulion Luminodip dan Kampung Tambulion Ulu.



Di Kampung Tambulion Luminodip, penerima bantuan ialah Gandana Katut, seorang warga emas yang sangat berterima kasih atas sumbangan ini. Sementara itu, di Kampung Tambulion Ulu, dua warga emas, Gidang @ Idang Bt Bungkal dan Ebol Bin Sungkit, juga menerima katil laras yang sangat diperlukan.



Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tambulion Ulu, Hildawatih Sikol, turut hadir dan memberikan sokongan penuh terhadap program ini. Program I Care Kadamaian jelas menunjukkan komitmen berterusan untuk memastikan kesejahteraan warga emas di kawasan Kadamaian terjaga.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page