Program I Care Kadamaian: Inisiatif Membantu Komuniti Setempat
top of page

Program I Care Kadamaian: Inisiatif Membantu Komuniti Setempat

nabalunews

30 Januari 2025


KOTA BELUD: Program I Care Kadamaian (Saya Peduli Kadamaian) telah dilaksanakan di Kampung Kelawat Pekan, Mukim Kelawat, bermula pada jam 10:30 pagi.


Inisiatif berterusan ini dipelopori oleh Datuk Ewon Benedick dan dianjurkan melalui kerjasama Crew Homeward, Kelab Kebajikan Kadamaian, serta Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian.

Matlamat utama program ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan di sekitar kawasan Kadamaian, terutamanya dalam meningkatkan kemudahan dan kualiti hidup mereka.


Di bawah pimpinan Julin Mintu, Pengerusi Kampung Kelawat Pekan, program ini telah menyampaikan bantuan kepada dua penerima di kampung tersebut.

Sindi Akang menerima bantuan sebuah katil boleh laras, manakala Sinum Akang pula diberikan tongkat untuk memudahkan pergerakannya.


Di Kampung Sumbilingon, yang dipengerusikan oleh Laudi Gingging, program ini turut memberikan bantuan kepada tiga individu.

Ugang Gilong dan Kilas M. Shaah masing-masing menerima katil boleh laras untuk meningkatkan keselesaan mereka. Selain itu, Hayden Feorell Calvin, seorang individu dengan Kecacatan Intelektual, telah diberikan kerusi boleh laras untuk memudahkan mobilitinya.


Program ini diakhiri dengan harapan agar bantuan yang diberikan dapat memberi impak positif kepada penerima serta komuniti setempat.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page