top of page
nabalunews

Program I Care Kadamaian sampaikan katil boleh laras dan kerusi roda kepada 4 penerima di Kadamaian



4 Disember 2024


KOTA BELUD: Kelab Kebajikan Kadamaian meneruskan inisiatif bagi membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan menerusi program I Care Kadamaian, yang dilaksanakan dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Ewon Benedick.


Program ini bertujuan memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan, khususnya di kawasan Kadamaian.


Pada Selasa, alat bantu katil boleh laras dan kerusi roda telah disumbangkan kepada 4 penerima yang memerlukan di Kampung Kinasaraban dan Kampung Mandap, Kadamaian.


Mereka ialah Chiah Tulis dari Kampung Kinasaraban yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dan 2 penduduk Kampung Mandap yang terlantar sakit, Lakanting Kintan dan Rendimon Dail serta seorang warga emas dari Kampung Ratau, Solumi Lakangon yang terlantar sakit.


Sumbangan ini adalah menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bank Rakyat.


Kelab Kebajikan Kadamaian turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat (JPKA) Kota Belud atas kerjasama dan sokongan ini


Kelab Kebajikan Kadamaian Kadamaian memaklumkan akan terus komited dalam membantu masyarakat melalui pelbagai inisiatif dan kerjasama dengan pelbagai pihak.

Comments


bottom of page