top of page
nabalunews

Program I Care Kadamaian sampaikan sumbangan katil boleh laras kepada penduduk Kampung Nahaba

20 Disember 2024


KOTA BELUD : Program I Care Kadamaian (Saya Peduli Kadamaian), meneruskan

misi membantu golongan memerlukan di Kadamaian menerusi penyampaian katil boleh laras sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) kepada seorang penduduk di Kampung Nahaba, di sini, Sipah Gaduan.


Program ini dilaksanakan menerusi inisiatif berterusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUNl N11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Belud dan Kelab Kebajikan Kadamaian.


Pemaju Masyarakat Clarence Somuil, yang juga Ahli Kelab Kebajikan Kadamaian, bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Deren Liging, telah menyampaikan sumbangan katil boleh laras itu kepada Sipah.


Bagi masyarakat di Kadamaian, program ini menunjukkan komitmen berterusan pemimpin dalam memperbaiki kehidupan masyarakat setempat melalui bantuan dan sokongan kebajikan.

Comments


bottom of page