top of page

Program I Care Kadamaian terus bantu golongan yang memerlukan

nabalunews



6 Januari 2025


KOTA BELUD: Yayasan Bank Rakyat menerusi Program I Care Kadamaian telah menyerahkan bantuan katil boleh laras kepada seorang pesakit dari Kampung Piasau.


Bantuan ini diketuai oleh Pengerusi Kelab Kebajikan Kadamaian Shainim Epin dan dibantu oleh staf dari Pusat Khidmat ADUN Kadamaian yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, semasa penyerahan tersebut.


Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Ewon untuk meningkatkan kesejahteraan individu dan keluarga di kawasan Kadamaian.


Inisiatif ini mencerminkan dedikasi beliau dalam memastikan bahawa anggota masyarakat mempunyai akses kepada sumber daya yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka di saat-saat sukar.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page