Program Jualan Rahmah sempena Bazar Syawal 2025 tawar diskaun sehingga 50%
nabalunews

26 Mac 2025
KOTA KINABALU: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri dengan potongan harga sehingga 50 peratus menerusi Program Jualan Rahmah Sempena Bazar Syawal 2025 yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Mac ini.
Program yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Daerah Kota Kinabalu (CDKK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah akan diadakan di Tempat Letak Kereta Ibu Pejabat DBKK dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam.
Pelbagai barangan dengan harga istimewa menanti pengunjung, termasuk rempah ratus, sayur-sayuran, buah-buahan, santan, kelapa, ikan, daging dan ayam segar, kuih raya, kerepek, barangan dapur, buluh lemang, daun palas, irik, bunga api serta hiasan raya.

Penduduk sekitar Kota Kinabalu dijemput untuk turut serta dalam program ini bagi mendapatkan keperluan persiapan Aidilfitri dengan harga berpatutan.
Comentarios