top of page

Program Kelas Memasak Anjuran Persatuan Rumpun Mesra Malaysia Sabah

nabalunews

25 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Persatuan Rumpun Mesra Malaysia Sabah telah menganjurkan satu program kelas memasak tausi dengan kerjasama Wanita Kampung Tinata, Kota Belud. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada wanita dan golongan belia menjana pendapatan sampingan melalui kemahiran memasak.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tinata, Hadlee Panchai, memaklumkan bahawa seramai 15 peserta telah menyertai kelas memasak yang diadakan di rumah Rafiah Tapah di Kampung Tinata. Peserta terdiri daripada wanita dan golongan belia yang berminat untuk mempelajari cara penyediaan masakan tausi dengan lebih mendalam.


Kelas ini dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Persatuan Rumpun Mesra Malaysia Sabah, yang berkongsi teknik serta resipi untuk menghasilkan hidangan tausi yang enak dan berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan.


"Kami berharap dengan adanya program seperti ini, para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk menambah pendapatan keluarga," ujar Hadlee.


Selain daripada kelas memasak, program ini turut disertakan dengan pemeriksaan kesihatan percuma bagi peserta dan penduduk kampung yang hadir. Inisiatif ini mendapat sambutan baik kerana membantu penduduk memantau tahap kesihatan mereka secara percuma.


Hadlee turut menekankan bahawa program sebegini bukan sahaja memberi manfaat dari segi ekonomi, tetapi juga mengeratkan hubungan komuniti setempat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page