Program Kesedaran dan Saringan Kanser Zon Melangkap

1 April 2025
KOTA BELUD: Program Kesedaran dan Saringan Kanser Zon Melangkap yang diadakan pada 22 Mac 2025 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kanser serta menyediakan peluang untuk melakukan saringan kesihatan.
Majlis perasmian program ini telah dilakukan oleh Anichlose Kesimin, Pemaju Mukim Kawasan N.11 Kadamaian, di Dewan Tamu Desa Kampung, Melangkap Tiong.
Pelbagai agensi kesihatan telah berkolaborasi dalam menjayakan program ini, termasuk Persatuan Pencegahan Kanser Sabah (PPKS), Team Kesihatan Taginambur Kota Belud, dan Team NCSM Kuala Lumpur.

Selain itu, beberapa institusi lain seperti Klinik Pergigian HKB Kota Belud, LPPKN Kota Kinabalu, dan Team Darma Darah turut terlibat. Unit Makmal HKB Kota Belud juga hadir untuk menyediakan ujian kesihatan yang berkualiti kepada penduduk setempat.
Program ini mendapat sokongan padu daripada lima Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Zon Melangkap yang berperanan memastikan kelancaran acara dan penyampaian maklumat kesihatan kepada peserta.

Dengan kerjasama semua pihak, program ini berjaya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pencegahan dan pemeriksaan kesihatan dalam usaha mencegah penyakit kanser.
Comments