top of page

Program Kesedaran Kanser diadakan dengan jayanya

nabalunews

18 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Program Kesedaran Kanser Kanak-Kanak dan Dewasa telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Serbaguna Kampung Lobong-Lobong, Kota Belud baru-baru ini.


Majlis ini dirasmikan oleh Pemaju Mukim Anichlose Kesimin, yang mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian.


Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya pengesanan awal kanser.


Antara aktiviti yang dijalankan termasuk saringan kesihatan umum, saringan kanser serviks, pendaftaran Mamogram PEKA B40 MySalam, serta pemeriksaan mata bagi mengenal pasti masalah kesihatan yang lebih serius.


Dalam ucapannya, Pemaju Mukim Anichlose Kesimin menyatakan sokongan berterusan terhadap penganjuran program-program kesihatan seperti ini. Beliau juga menekankan bahawa program kesedaran kanser adalah penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan mempertingkatkan pengesanan awal penyakit kanser.


Program ini dianjurkan secara kerjasama antara Persatuan Pencegah Kanser Sabah (PPKS) dan Lion Club of Kota Kinabalu Lintas. Usaha bersepadu ini diharapkan dapat memperluas jangkauan kesedaran mengenai kanser kepada lebih ramai penduduk, khususnya di kalangan kanak-kanak dan dewasa.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page