Program kesedaran kanser diperluaskan di lebih banyak kawasan di Kadamaian
11 Disember 2024
KOTA BELUD: Persatuan Pencegahan Kanser Sabah (PPKS) merancang untuk memperluaskan program kesedaran kanser di lebih banyak kawasan di
Kadamaian bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya kanser dan kepentingan pemeriksaan awal mencegah penyakit itu.
Bagi membantu menjayakan misi itu, Pemaju Masyarakat di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, Clarence Somuil, mewakili ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan danKoperasii, menyampaikan sumbangan kepada PPKS, hari ini.
Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Pejabat Khidmat ADUN N11 Kadamaian dan diterima oleh Pengerusi PPKS, Daipah Mosikin.
Sumbangan ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan Program Kesedaran Kanser yang dianjurkan oleh PPKS, yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya kanser dan kepentingan pemeriksaan awal.
Menurut Daipah, program ini telah berjalan dengan jayanya di beberapa kawasan dan PPKS merancang untuk meneruskan usaha mereka dengan lebih giat pada tahun hadapan, melibatkan lebih banyak mukim di kawasan Kadamaian.
Daipah merakamkan penghargaan kepada Ewon atas sokongan yang diberikan dan menyatakan bahawa program kesedaran ini akan memberi manfaat besar kepada masyarakat dalam mencegah kanser, yang semakin meningkat di kalangan penduduk di negara ini.
"PPKS juga bertekad untuk terus menjalankan program-program kesedaran di seluruh kawasan Kadamaian, dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pencegahan kanser dan pentingnya amalan gaya hidup sihat," kata Daipah.
Comentários