top of page
nabalunews

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah rekod kehadiran 485,474 pengunjung



21 Oktober 2024


KOTA KINABALU : Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah yang telah berlangsung selama tiga hari mulai 18 hingga 20 Oktober 2024 di pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, berjaya merekodkan kehadiran seramai 485,474 orang pengunjung, yang menepati sasaran yang ditetapkan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri

dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelaksanaan program bagi Zon Sabah ini merupakan kolaborasi antara Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai kementerian peneraju dan kerajaan negeri Sabah.


Pengisian program melibatkan pembukaan 36 unit reruai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah selain penglibatan

sektor swasta.


Antara komponen yang telah disediakan adalah sebanyak 215 perkhidmatan touchpoint rakyat, penglibatan 118 usahawan Jualan MADANI, pameran aset oleh 4 agensi kerajaan, 14 majikan di karnival kerjaya, 40 acara sesi libat urus pentas, 20 aktiviti luar, 28 perkhidmatan kos sara hidup dan 18 aktiviti agenda belia.


Armizan berkata kepelbagaian pengisian dan perkhidmatan yang ditawarkan telah berjaya menarik seramai 485,474 orang pengunjung.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar

Ibrahim, Perdana Menteri dan turut dihadiri YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.



Bersekali dengan majlis ini, YAB Perdana Menteri turut melancarkan inisiatif KITA GEMPUR iaitu Gerakan Membanteras

Manipulasi dan Ketirisan.


Inisiatif ini merupakan satu langkah strategik kerajaan melalui KPDN untuk membina gerakan massa bagi menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan dan ketirisan yang melibatkan barang

kawalan dan barang kawalan bersubsidi.


"Dengan pelancaran ini, kerajaan

melalui KPDN beriltizam untuk melibatkan seluruh rakyat dalam memastikan usaha membanteras manipulasi dan ketirisan barangan kawalan dapat ditangani," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Di majlis sama, telah berlangsung penyampaian surat hak milik tanah individu (Native Title) kepada wakil penerima dari lapan daerah.


Pengeluaran surat hak milik tanah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Program Pengukuran Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) melalui bantuan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah.


Objektif PANTAS antaranya adalah untuk memelihara dan melindungi kepentingan Anak Negeri Sabah atas tuntutan hak tanah adat dan pemilikan tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah.


Sebagai salah satu langkah meningkatkan sosioekonomi rakyat melalui pendekatan Community Based Project, YAB Perdana Menteri turut menyerahkan cek cura (mock-cheque) kepada wakil-wakil penerima Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) dan melancarkan Nombor Plat Istimewa (NPI) MADANI untuk tujuan bidaan.


KPDN selaku kementerian peneraju ingin menzahirkan ucapan terima kasih

kepada semua pihak merentasi kementerian/agensi persekutuan dan negeri, syarikat swasta, para usahawan dan khususnya warga Sabah yang telah hadir menjayakan dan memeriahkan program ini.


Penganjuran Program MADANI Rakyat Sayangi Sabah telah berjaya mencapai objektif untuk merakyatkan program dan perkhidmatan kerajaan di akar umbi.

Comments


bottom of page