top of page

Program Pelancongan dan Kebersihan @ Batu Sapi  pupuk kesedaran untuk menjaga kebersihan

  • nabalunews
  • Jan 15
  • 2 min read


Sekitar program itu di Pasir Putih, Jalan Batu Sapi, Sandakan.
Sekitar program itu di Pasir Putih, Jalan Batu Sapi, Sandakan.

14 Januari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN - Program Pelancongan dan Kebersihan @ Batu Sapi anjuran sebuah badan bukan kerajaan  (NGO) disini, Persatuan Amal Kebajikan Sosial Sandakan di sekitar Pasir Putih, Kampung Bokara dan Kampung Air, Sandakan baru-baru ini memupuk kesedaran ramai untuk terus menjaga kebersihan kawasan sekitar masing-masing.


Hampir 10 tan sampah termasuk sisa pepejal, ranting dan dahan berjaya dikutip pada program tersebut.


Pengerusi Penyelaras Program, Daniel Suhaimi, memberitahu media, program itu diadakan dalam usaha membersihkan kawasan pelancongan yang menjadi tarikan di lokasi berkenaan.


Jelasnya, ia juga memupuk kesedaran ramai agar terus sama-sama menjaga kebersihan selain program itu juga memberi fokus kepada belia yang turut sama menjayakan misi tersebut.


Program berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan dan turut dihadiri Pengerusi Persatuan Amal Kebajikan Sosial Sandakan, Azlani Rayqiezan.


Pada sidang media, Khairul turut menyambut baik kerjasama NGO itu bersama pihak kerajaan dalam usaha memastikan Batu Sapi bersih dan indah.


Jelasnya, pihaknya dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) juga sentiasa berusaha memastikan kawasan Pasir Putih bersih dimana ia menjadi tumpuan pengunjung untuk aktiviti riadah dan berkelah.


"Melalui program oleh NGO ini, orang ramai juga akan peka dan dapat melihat akan kepentingan memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih dan kondusif untuk semua orang," jelasnya.


Dalam perkembangan sama, katanya, pihaknya juga komited memastikan Tapak Warisan Batu Sapi juga akan terus mendapat perhatian sewajarnya dan seterusnya menjadi  tempat kunjungan ramai.


Dalam perkembangan lain, menjelang bulan Ramadan tahun ini, Khairul berkata, Iftar Ramadan Perdana MOTAC bersama orang ramai juga akan diadakan sekali lagi di Sandakan selepas kali pertama pada tahun lepas di hadapan tembok bandar Sandakan dan kali ini ia dicadangkan dibuat di Pasir Putih, Jalan Batu Sapi, Sandakan.


Selain Pasir Putih, Kampung Bokara dan Kampung Air untuk zon Karamunting, Program Pelancongan dan Kebersihan @ Batu Sapi itu akan diadakan di Batu Sapi Heritage dan Kampung Bahagia pada 19 Januari dan di Kampung Bakau dan Kampung Sundang bagi zon Sekong pada 26 Januari ini.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page