top of page
nabalunews

Program PRIHATIN Tampasuk 2024: Fokus Kepada Kebajikan dan Sokongan Ahli


Oleh: Romie Stanley DGuns




16 November 2024


KOTA BELUD: Persatuan Prihatin Kota Belud (PRIHATIN), dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, menganjurkan Program Prihatin Tampasuk 2024 pada Khamis, 14 November lalu yang melibatkan empat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tampasuk, Kota Belud, dengan memberi tumpuan kepada kebajikan ahli.


Setiausaha PRIHATIN, Robert James berkata program ini selaras dengan visi persatuan untuk menjaga kebajikan dan memperkukuhkan kesejahteraan ahli-ahlinya.


Dalam usaha merealisasikan objektif tersebut, seramai sembilan ahli yang menghadapi masalah kesihatan telah menerima kunjungan dan sokongan moral, sebagai tanda keprihatinan terhadap cabaran yang mereka hadapi.


“Persatuan ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 6 Jun 2024. Pendaftaran ini merupakan satu langkah signifikan hasil inisiatif ahli-ahli dari kawasan DUN Pintasan dan Tampasuk yang ingin membentuk sebuah platform kukuh untuk menjalankan aktiviti kebajikan,” jelas Robert.


Katanya PRIHATIN bercadang untuk terus memperluaskan keahliannya supaya lebih ramai individu dapat menikmati manfaat daripada program-program kebajikan yang dianjurkan.


Langkah ini dijangka dapat meningkatkan impak positif kepada masyarakat, terutamanya golongan yang memerlukan sokongan tambahan dalam pelbagai aspek kehidupan.


Melalui program seperti ini, PRIHATIN memperlihatkan komitmen yang berterusan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan ahli-ahlinya sentiasa menjadi keutamaan.

Comments


bottom of page