top of page

Program Ramah Mesra MADANI perkukuh hubungan LKIM dengan komuniti nelayan

nabalunews


13 Januari 2025


KOTA BELUD: Program Ramah Mesra MADANI anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) perkukuh hubungan antara pemimpin LKIM dan komuniti nelayan di daerah ini dengan menyampaikan maklumat terkini daripada pihak kerajaan.


Menurut Pengarah LKIM Sabah, Mohd. Jamil Abdullah, program ini merupakan salah satu langkah proaktif LKIM untuk turun padang dan memahami keperluan masyarakat nelayan.


“Ia adalah platform untuk mendengar suara nelayan dan memastikan mereka mendapat maklumat serta sokongan yang diperlukan demi kelangsungan sektor perikanan,” jelasnya semasa perasmian program tersebut di Rikaraya Fishing Park, Desa Impian Kota Belud, hari ini.


Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, sebanyak 40 ahli Persatuan Nelayan Kota Belud menerima sumbangan berupa enjin sangkut untuk membantu meningkatkan produktiviti kerja mereka.


Selain itu, bantuan bakul makanan dan peralatan menangkap ikan turut diserahkan kepada ahli persatuan yang layak, terutamanya mereka yang menjadi mangsa kebakaran baru-baru ini.


Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Dato Hj. Fadzil, menyatakan bahawa nelayan memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan makanan segar untuk negara.


“Nelayan sentiasa sebati dalam hati kami. Pembangunan pesat tanpa penjagaan kehidupan sihat tidak memberi makna. Sumbangan mereka kepada sektor makanan negara amat besar dan mesti dihargai,” katanya.


Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Pegawai Perhubungan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Carlye Lajimin, yang mewakili ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain, bersama beberapa pemimpin masyarakat dan ahli-ahli persatuan nelayan, turut memberikan sokongan kepada acara tersebut.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page