top of page

Program Sambutan Hari Kanser Sedunia 2025

nabalunews

8 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Kepekaan kepada pemeriksaan kesihatan secara berkala amat digalakkan bagi menangani penyakit kanser dalam kalangan masyarakat.


Pegawai Perhubungan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, Carlye Lajimin berkata, kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit itu amat penting bukan saja kepada wanita tetapi juga lelaki.


Katanya, beliau amat menyokong usaha yang dilakukan Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) menerusi penganjuran program kesedaran kesihatan.

“Sambutan Hari Kanser Sedunia penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit berkenaan.


“Objektif utama program ini adalah untuk mengalakkan orang ramai mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan membendung penyakit kanser yang dibimbangi meningkat,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika hadir merasmikan program berkenaan mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.

Program Sambutan Hari Kanser Sedunia 2025 itu diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Belud.


Terdahulu pada program berkenaan, pelbagai pengisian aktiviti diadakan termasuk larian amal, saringan kesihatan, pemeriksaan kanser serviks, ceramah mengenai kanser, serta perkhidmatan pergigian dan derma darah.


Carlye berkata, program yang diadakan hari ini juga ternyata mendapat sokongan banyak pihak termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Hospital Kota Belud, Jabatan Penerangan Malaysia, Klinik Pergigian Kota Belud, Polis Diraja Malaysia, Majlis Daerah Kota Belud, serta Yayasan Kasih Suria.

“Kehadiran masyarakat dan pelbagai pihak yang memberi sokongan membuktikan betapa pentingnya usaha bersama dalam menangani masalah kanser dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pemeriksaan kesihatan secara berkala,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page